Date: 27 October 2022 (Thursday)
Time: 9:45 AM – 11:15 AM
Platform: Online via Google Meet (https://meet.google.com/duc-rjva-trh)
Admission: FREE
Speaker: Dr. Roswati Abdul Rashid
Universiti Malaysia Terengganu
(Lecture will be conducted in Malay)
Strategi Komunikasi Silang Budaya: Interaksi Pemandu Pelancong Malaysia dan Pelancong Jepun
Strategi komunikasi ialah muslihat, rancangan, pelan tindakan yang diaplikasikan untuk memperoleh maksud, makna atau matlamat bagi melancarkan komunikasi yang bertujuan mencapai sesuatu objektif atau misi yang disasarkan. Dalam konteks pelancongan khususnya yang melibatkan pelancongan antarabangsa sudah pastinya dilatari elemen antara budaya. In mengakibatkan komunikasi yang terjalin bertambah rumit dan mencabar. Oleh itu adalah perlu seseorang yang terlibat dalam komunikasi slang budaya mengaplikasikan strategi yang bersesuaian agar memperoleh pemahaman yang berkesan, menghindari salah faham dan perkongsian maksud dengan individu yang berbeza budaya akan terlaksana. Untuk itu, kalian ini aka meneliti pengaplikasian strategi komunikasi silang budaya dalam pelancongan. Konteks komunikasi silang budaya yang dirujuk dalam kajian ini ialah bahasa Jepun (BJ) dan budaya Jepun antara pemandu pelancong (TG) Malaysia berbahasa Jepun dengan pelancong Jepun (PJ) di sepanjang sesi lawatan pemanduan pelancong (SLPP). kajian ini penting untuk memberikan satu rumusan tentang penguasaan komunikasi silang budaya G Malaysia berbahasa Jepun dari aspek pengaplikasian strategi yang mendasari komunikasi tersebut. Kepentingan pelaksanan kajian in dikuatkan lagi dengan penelitian sorotan kajian terdahulu tentang kegagalan TG menguasai budaya negara hos dan pelancong yang merupakan salah satu faktor vang menyumbang kepada kepincangan dalam komunikasi. TG perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi silang budaya untuk mencapai komunikasi yang efektif dan menyalurkan maklumat yang tepat, seterusnya bakal membentuk pengalaman pelancong terhadap destinasi yang dilawati. Untuk memastikan komunikasi antara budava bersesuaian dan berkesan sera dapat mengatasi konflik yang timbul, apakah strategi yang diaplikasikan oleh TG? Dengan lahirnya satu set strategi untuk menangani masalah dan mewuudkan komunikasi vang berkesan ini, diharapkan penquasaan komunikasi antara budaya para TG akan lebih efisien dan lebih berketerampilan semasa mengendalikan SLPP.