18th Floor, Northpoint Block B,
Mid-Valley City, No. 1, Medan Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia
MAJAS Public Lecture Series (December 2022)
Date: 22 December 2022 (Thursday)
Time: 9:00 AM – 11:00 AM
Platform: Online via Zoom (get link here)
Admission: FREE
Speaker: Professor Dr. Mikihiro Moriyama (Nanzan University, Japan)
(Lecture will be conducted in Bahasa Melayu)
TOPIK:
SEJARAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI JEPUN
ABSTRAK:
Orang Jepun mula mempelajari Bahasa Melayu pada akhir abad ke-19. Pada awal abad ke-20 baru dibuka sekolah-sekolah untuk mengajar bahasa Melayu dan buku pelajaran bahasa Melayu pula diterbitkan. Mulalah sejarah pembelajaran bahasa Melayu di Jepun.
Penerbitan buku pelajaran bahasa Melayu dan kamus-kamus mencerminkan sejarah perkembangannya dan memperlihatkan ciri-ciri tentang pembelajaran dan keperluan masyarakat dan dasar pemerintah Jepun dari masa ke masa. Oleh kerana itu pembentangan ini mengkhususkan perkembangan pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan jumlah terbitan buku dan kandungan buku pelajaran. Penelitian untuk pembentangan ini khususnya berdasarkan koleksi National Diet Library Japan atau Perpustakaan Nasional Jepun. Koleksi tersebut akan membawakan pandangan lain mengenai sejarah pembelajaran bahasa Melayu daripada penelitian sebelumnya.
Pembentangan ini membahas ciri-ciri buku pelajaran bahasa Melayu dalam dua masa, iaitu dari permulaan penerbitan buku pelajaran bahasa Melayu pada tahun 1910 sampai tahun 1941 waktu Perang Dunia Kedua mulai. Tahun 1942 menjadi tahun istimewa dalam penerbitan buku pelajaran, buku percakapan, buku bacaan dan kamus bahasa Melayu di Jepun. Jumlah terbitannya dalam satu tahun itu saja melebihi jumlah terbitan buku pelajaran selama tiga puluh tahun sebelumnya. Pembahasan berhenti pada tahun 1945 waktu Perang Dunia Kedua berakhir, kerana hampir tidak diterbitkan lagi judul buku baru setelah itu untuk waktu yang cukup lama.
Setelah cuba menelusuri sejarah pembelajaran bahasa Melayu di Jepun, pembentangan ini akan membahas bagaimana pemerintah dan masyarakat Jepun mengukuhkan bahasa dan identiti bangsa dalam memajukan masyarakat dan negara baik dalam usaha pengajaran bahasa asing mahupun bahasa Jepun sendiri sebagai bahasa ibunda.
MENGENAI PROFESOR DR. MIKIHIRO MORIYAMA: